Adakah semakin hampir??persoalan yg tiada siapa dapat sangkal bila hadirnya.Itulah takdir Allah SWT.Kita merancang yg menentukan adalah dia..mana mungkin kita boleh lari..mcm tu jgk aku..dada ni sentiasda dup dap dup dap..takut!!ya tahu pun takut mati!!tahu pun takut nk tinggalkan insan2 yg tsayang!!tp mati itu pasti ya sayang..adakah aku merasai??did i??adakah aku insan yg tpilih selepas ini..aduh..iman amal sgt2 lemah!!sebak sayu takut..masa ni lah kita akan berseorangan..sendirian..x bwk pun baju lawa2..dress cantik2..henbag mahai2..mujoq beg aku rm30 ja..kannnnnnnnn..xdak la nk bwk smatpon ..note II bagai..tp tringin nk pakai..masa ni jgk kita akan tinggalkan sahabat kita..mak kita..cek sayangggggg Mak!!halalkan segalanya Mak..air susumu yg telah mbesarkan aku sehingga sebuntal ini..i love u frenz!! promise me!! Frenz Foreva !!
terpikir sejenak..napa x mati masa kecik2..dosa x byk..ni dh besaQ..dosa btimbun x thitung..sempat kah aku btaubat pada-MU ya Allah..
benarkah tanda2 nya begini..
Ini adalah
tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat
tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti
daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .
LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu:
SYIRIK terhadap Allah s.w.t
MEMBUNUH orang tanpa hak
Membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim
LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN
Membuat SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN"
(Hadith Riwayat Ahmad)
DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)
SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu
adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika
BAIK maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala
amalan!!! JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI!!!
Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....Wallahu'alam Bissawab
Wassalam!!! (aku copy dari blog org jgk)..mgigil jer baca..lajunya airmata aku turun..

kalau dh rasa..apa salahnya kan buat persiapan..senang org nk settel..
Perbezaan Kapan Lelaki, Perempuan Dan Kanak-kanak
Lelaki – 3 lapis.
Perempuan – 5 lapis.
Kanak-kanak – 3 lapis.
Perempuan – 5 lapis.
Kanak-kanak – 3 lapis.
(makruh sekiranya kita
menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini adalah amalan yang membazir).
Sabda Rasulullah saw :
“Jangan kamu permahalkan
tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia segera reput atau rosak”. (Riwayat
Abu Daud)
Pendahuluan
Mengurus jenazah orang Islam,
merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari
orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila
tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam
dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah
Orang yang berhak dan lebih
afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya
yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya
tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di
kawasan tersebut untuk menguruskannya.
Perkara Yang Perlu Diuruskan Oleh Warisnya
Waris yang tertua hendaklah
berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Di antara perkara yang perlu
diuruskan oleh warisnya ialah :
Urusan di Balai Polis bagi
melaporkan kematian. Nota: Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup
dengan surat
kebenaran atau pengesahan dari doktor.
Membeli keperluan untuk
urusan memandi dan mengkafankan mayat.
Menentukan bilal untuk
memandikan mayat.
Urusan menggali kubur.
Menentukan Imam untuk
sembahyang mayat.
Menguruskan kenderaan untuk
jenazah.
Ucapan takziah.
Syarat Mandi (ke atas mayat)
Beragama Islam.
Bukan mati syahid yang
menegakkan kesucian Islam.
Syarat Ke atas Orang Hendak
Memandikan Mayat
Beragama Islam.
Bukan musuh.
Orang dewasa.
Merdeka.
Mempunyai kemahiran dan ilmu
yang cukup.
Sabar.
Tabah dan berani.
Beramanah.
Rasulullah saw bersabda:
“Barang siapa yang memandikan mayat dan ia menyembunyikan ke atas apa yang
dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt empat puluh kali”.
Peralatan Dan Persiapan Mandi
Tempat mandi/bilik
mandi/tabir.
Kain basahan dan tuala mandi.
Air sabun – 1 baldi.
Air cendana dan air kapur
barus – 1 ceret.
Sarung tangan.
Kain sugi – 5 & 6 helai.
Kain sugi – 7 & 9 gulung.
Air daun bidara – 1 baldi.
Kemeyan/setanggi sekiranya
diperlukan.
Pencebok atau gayung
secukupnya.
Tanah untuk tayammum.
Cara Memandikan Jenazah
Pada asasnya, mandi mayat
sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat
mandi dan keduanya meratakan air keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut
dan umbi rambut. Cara-caranya ialah:
Mayat diletakkan di tempat
yang di khaskan.
Dimandikan dalam sehelai kain
yang boleh menyerapkan air serta menutup aurat. “Sesungguhnya Nabi saw telah
dimandikan di dalam gamisnya (baju labuh)”. Maksud hadis.
Bersihkan najis-najis pada
tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut serta menekan perutnya supaya
mengeluarkan najis atau kotoran yang ada dan membersihkannya. Niat beristinjak
: “Sahaja aku beristinjak ke atas mayat ini kerana Allah taala”.
Wudukkan mayat sepertimana
orang hidup. Niat wuduk :“Sahaja aku mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini
kerana Allah taala”.
Mulakan mandi dengan air
bersih. Disertai niat memandikan jenazah (hukum niat adalah sunat) (mandi
adalah wajib). Lafaz niat : “Sahaja aku mandikan ke atas jenazah ini kerana
Allah taala”.
Setiap anggota mulakan
disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah mengatakan ketika kami memandikan
puteri Rasulullah saw, Zainab. Rasulullah bersabda mafhumnya :“Mulakan dengan
memandikan bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk”. (Riwayat
Al-Bukhari).
Setelah dimandikan dengan air
sabun, air daun bidara dan air mutlak sebanyak 3 kali, sekiranya tidak cukup
memuaskan, maka lebihkan mandian menjadi 5 atau 7 kali. Rasulullah saw bersabda
: “Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima , tujuh kali atau lebih jika kamu pandang
perlu”.
Akhirnya mandikan dengan air
kapur barus dan air cendana.
Beberapa Peringatan
Ketika membasuh di sebelah
kanan. “Ampunkanlah dia wahai tuhan dan kepada Engkaulah tempat kembali”.
Ketika membasuh di sebelah
kiri. “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat
kembali”.
Ketika mencurah air kapur
barus (diakhir mandi jenazah).“Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah
dan kepada Engkau tempat kembali”.
Sunat orang yang telah
selesai memandikan jenazah, mandi sunat dengan niat “Sahaja aku mandi sunat
selepas memandikan mayat kerana Allah Taala”. Begitu juga dengan orang yang
mengangkatkan jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya.
Doa untuk mengelakkan dari
badi mayat. “Dengan nama Allah yang tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu
di bumi dan di langit. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”.
Permasalahan
Mayat lelaki atau perempuan
dalam keadaan janabah (Berhadas besar) tidak dituntut mandi lagi kerana mandi
mayat sudah memadai.
Jika di dapati keluar najis
atau darah setelah sempurna dimandikan memadai dibersihkan sahaja darah atau
najis tersebut. Jika berlarutan keluarnya diikat dan dibalut dengan kapas atau
kain.
Jika rambut, kulit atau
lainnya yang tanggal dari anggota badannya, wajib diambil dan dibasuh kemudian
kapankan bersama-sama jasadnya.
Jika didapati mayat di dalam
sungai atau lombong yang sudah berubah atau reput, maka boleh kita selamkan
semula mayat itu dalam 1 atau 2 minit dengan niat memandikan mayat (kira-kira
meratakan air di seluruh anggotanya, nescaya sahlah mandinya jika tidak ada
najis di badannya.
Keguguran mengikut Imam
Syafie, bayi cukup bulan ialah berumur dalam kandungan 6 bulan lahzah. Manakala
bayi yang tidak cukup bulan ialah berumur 6 bulan lahzah ke bawah.
Keguguran bayi cukup bulan,
wajib disempurnakan empat perkara sepertimana jenazah orang dewasa iaitu mandi,
kafan, sembahyang dan kebumikan.
Keguguran bayi yang tidak
cukup bulan : Jika keguguran itu ada tanda-tanda hidup seperti bersuara atau
bergerak wajib disempurnakan sepertimana jenazah orang-orang dewasa (mandi,
kafan, sembahyang dan di kebumikan). Jika keguguran itu tidak ada tanda-tanda
hidup wajib disempurnakan tiga perkara sahaja iaitu mandi kafan dan kebumikan
dengan tidak perlu disembahyangkan. Jika keguguran itu seketol darah dan belum
bersifat manusia, sunat dibungkuskandengan kain lalu ditanamkan sahaja.
Mayat kanak-kanak yang lahir,
mati sebelum dipotong urinya. Sebelum dimandikan hendaklah dipotong urinya
terlebih dahulu, kerana uri itu bukan anggota kanak-kanak tersebut dan bukan
dari anggota ibunya. Uri itu najis, jika tidak dipotong, tidak sah sembahyang
keatas kanak-kanak tersebut. Potong uri tidak dinamakan menyiksa mayat. Haram
dimandikan, disembahyangkan dan ditanam uri bersama kanak-kanak tersebut. Uri
perlu dibungkus dan ditanam begitu sahaja.
Mengkebumikan mayat wanita
mengandung. Diakui oleh doktor perubatan atau bidan yang anak dalam kandungan
itu telah mati, baru boleh dikebumikan. Haram membelah perut ibu untuk
mengeluarkan mayat anaknya di dalam kandungan. Sekiranya disahkan oleh doktor
perubatan atau bidan, anak dalam kandungan masih hidup hendaklah dibelahkan
perut ibunya untuk menyelamatkan anaknya.
Tayammum Dari Aspek Keadaan Mayat
Tayammum ialah menggunakan
debu tanah yang suci lagi kering sebagai ganti daripada mandi mayat dan anggota
yang tidak dapat kena air.
Mayat yang harus ditayammum :
Kerana ketiadaan air, mayat harus ditayammum berdasarkan firman Allah swt yang
bermaksud : “Jika kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka
hendaklah kamu bertayamum”. (An-Nisa : 43). Mayat yang terlalu uzur (mati
terbakar) kalau dimandikan hancur dagingnya. Mayat lelaki atau perempuan yang
meninggal tempat yang terpencil yang susah mendapatkan air mutlak. Rasulullah
saw bersabda mafhumnya : “Jika seorang wanita meninggal di lingkungan lelaki
hingga tidak ada wanita lain, atau lelaki di lingkungan wanita-wanita di mana
tidak ada lelaki lain, maka hendaklah mayat tersebut ditayammumkan lalu
dimakamkan kedua mereka itu sama halnya dengan yang tidak mendapatkan
air”.Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan. Mayat yang reput atau hancur.
Niat Tayammum “Sahaja aku
tayammumkan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”.
Jenazah Yang Tidak Perlu dimandikan Atau Ditayammumkan
Orang yang mati di medan pertempuran kerana
menegakkan agama Allah dari musuh yang bukan Islam. Dari Jabir Bin Abdullah
berkata mafhumnya :
“Sesungguhnya Nabi saw
memerintah untuk menanamkan mereka yang terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian
mereka dan tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat
Al-Bukhari)
Perkara Yang Haram Di Waktu Mandi
Meniarapkan mayat.
Menyentuh kemaluan dengan
tidak berlapik.
Melihat aurat antara pusat ke
lutut dengan tidak ada sesuatu hajat.
Menceritakan kepada orang
lain apa yang dilihat sewaktu memandikan jenazah, seperti hitam mukanya, lebam,
berubah baunya dan sebagainya.
ni pun copy jgk..peringatan pada aku..
sempatkah aku susuri jalan yg penuh onak duri dgn kebahagian yg ingin aku kecapi...
maafkan segala kesilapan aku..halalkan segalanya..
dunia adalah persinggahan..akhirat yg Kekal Abadi..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment