Monday, February 18, 2013

Spa Z Party

assalamualaikum...walauuwehhhhhhh..akhirnya siap my mini guest book..utk spa party..hemboihhhhhh..tajuk kemain...kelaut kau jah...dh tu siap main mekap2 ngan tokey salon Dnas Beauty..thanks tlg mekap kami tau!!love it...


spa z kami lak more to pink..janji nk pepel aje...ewahhhh3...


wewitttt..terperasan lak diri ni..supra krayolan mmg best!!

spa party!!pink??pepel mana???

alamakkkkkkk!!sori mek...x mjadi!!!


n hope my frenz suka..slalu je nk saya hapdet bagai..mudah2an dpt job lebih pd tahun ni..aminnnn...

Thursday, February 7, 2013

Mekap Pengantin Liyana Nadia

weihhhhh..dah lama pun dia kawen2..saya baru nk upload..haaaaaa3..da uwek3 plak tu..huh!! pic da sekeping ja!!huh!! wat hepen.. btw..nk gak bg tgk..suka sgt muka dia...


sekeping ni ja!!huk3...

Si Kembar Tiga

Yuhuuuuu..kong C fa chai..Kong C fa chai..angpau lai..lai..lai..

lai..lai..ketunggg..Opss..sempena raya cina ni cuti lama gak..hope sgt2..si bebudak2 kecik konet blk kg..rindu ah...da besau da si kembar tu..korang tgk erk..kembar tiga..kembar 3 ??wah2..untung adk aku..minrak sorang takmau bg..huu..sadis2..alahaiiiiii..tomey nyer uchuk2 ayong ni!!!



ni dia!!!suka buli ayong!!demam dibuatnya!!adoyaiiiii(ayat mommy dia)

baru 4 org ank buah aku neh..

tggu erk..ada pic depa yg dh montek2 sket....
baiiiiiiiiiiiiiii..
wassalam...



jejum!!sapa nk lukis inai pengantin..

Friday, February 1, 2013

Saat Kematian Menjemput

Assalamualaikum..

Adakah semakin hampir??persoalan yg tiada siapa dapat sangkal bila hadirnya.Itulah takdir Allah SWT.Kita merancang yg menentukan adalah dia..mana mungkin kita boleh lari..mcm tu jgk aku..dada ni sentiasda dup dap dup dap..takut!!ya tahu pun takut mati!!tahu pun takut nk tinggalkan insan2 yg tsayang!!tp mati itu pasti ya sayang..adakah aku merasai??did i??adakah aku insan yg tpilih selepas ini..aduh..iman amal  sgt2 lemah!!sebak sayu takut..masa ni lah kita akan berseorangan..sendirian..x bwk pun baju lawa2..dress cantik2..henbag mahai2..mujoq beg aku rm30 ja..kannnnnnnnn..xdak la nk bwk smatpon ..note II bagai..tp tringin nk pakai..masa ni jgk kita akan tinggalkan sahabat kita..mak kita..cek sayangggggg Mak!!halalkan segalanya Mak..air susumu yg telah mbesarkan aku sehingga sebuntal ini..i love u frenz!! promise me!! Frenz Foreva !!
terpikir sejenak..napa x mati masa kecik2..dosa x byk..ni dh besaQ..dosa btimbun x thitung..sempat kah aku btaubat pada-MU ya Allah..

benarkah tanda2 nya begini..


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
 
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. 
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 
 
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
 
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
 
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 
 
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .

LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu:
 
SYIRIK terhadap Allah s.w.t 
MEMBUNUH orang tanpa hak 
Membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim 
LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN 
Membuat SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN"
(Hadith Riwayat Ahmad)
        
DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN 
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.) 
       
SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!!  Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!  JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI!!!
 
Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....Wallahu'alam Bissawab
 
Wassalam!!!   (aku copy dari blog org jgk)..mgigil jer baca..lajunya airmata aku turun..

kalau dh rasa..apa salahnya kan buat persiapan..senang org nk settel..

Perbezaan Kapan Lelaki, Perempuan Dan Kanak-kanak
Lelaki – 3 lapis.
Perempuan – 5 lapis.
Kanak-kanak – 3 lapis.
(makruh sekiranya kita menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini adalah amalan yang membazir). Sabda Rasulullah saw :
“Jangan kamu permahalkan tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia segera reput atau rosak”. (Riwayat Abu Daud)

Pendahuluan
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Perkara Yang Perlu Diuruskan Oleh Warisnya
Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. Di antara perkara yang perlu diuruskan oleh warisnya ialah :
Urusan di Balai Polis bagi melaporkan kematian. Nota: Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
Urusan menggali kubur.
Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
Ucapan takziah.

Syarat Mandi (ke atas mayat)
Beragama Islam.
Ada bersifat manusia.
Ada tubuh manusia walaupun sebahagian daripadanya (ada mayat).
Bukan mati syahid yang menegakkan kesucian Islam.
Syarat Ke atas Orang Hendak Memandikan Mayat
Beragama Islam.
Bukan musuh.
Orang dewasa.
Merdeka.
Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
Sabar.
Tabah dan berani.
Beramanah.
Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang memandikan mayat dan ia menyembunyikan ke atas apa yang dilihatnya, diampunkan oleh Allah swt empat puluh kali”.

Peralatan Dan Persiapan Mandi
Tempat mandi/bilik mandi/tabir.
Kain basahan dan tuala mandi.
Air sabun – 1 baldi.
Air cendana dan air kapur barus – 1 ceret.
Sarung tangan.
Kain sugi – 5 & 6 helai.
Kain sugi – 7 & 9 gulung.
Air daun bidara – 1 baldi.
Kemeyan/setanggi sekiranya diperlukan.
Pencebok atau gayung secukupnya.
Tanah untuk tayammum.

Cara Memandikan Jenazah
Pada asasnya, mandi mayat sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat mandi dan keduanya meratakan air keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut dan umbi rambut. Cara-caranya ialah:
Mayat diletakkan di tempat yang di khaskan.
Dimandikan dalam sehelai kain yang boleh menyerapkan air serta menutup aurat. “Sesungguhnya Nabi saw telah dimandikan di dalam gamisnya (baju labuh)”. Maksud hadis.
Bersihkan najis-najis pada tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut serta menekan perutnya supaya mengeluarkan najis atau kotoran yang ada dan membersihkannya. Niat beristinjak : “Sahaja aku beristinjak ke atas mayat ini kerana Allah taala”.
Wudukkan mayat sepertimana orang hidup. Niat wuduk :“Sahaja aku mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini kerana Allah taala”.
Mulakan mandi dengan air bersih. Disertai niat memandikan jenazah (hukum niat adalah sunat) (mandi adalah wajib). Lafaz niat : “Sahaja aku mandikan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”.
Setiap anggota mulakan disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah mengatakan ketika kami memandikan puteri Rasulullah saw, Zainab. Rasulullah bersabda mafhumnya :“Mulakan dengan memandikan bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk”. (Riwayat Al-Bukhari).
Setelah dimandikan dengan air sabun, air daun bidara dan air mutlak sebanyak 3 kali, sekiranya tidak cukup memuaskan, maka lebihkan mandian menjadi 5 atau 7 kali. Rasulullah saw bersabda : “Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima, tujuh kali atau lebih jika kamu pandang perlu”.
Akhirnya mandikan dengan air kapur barus dan air cendana.

Beberapa Peringatan
Ketika membasuh di sebelah kanan. “Ampunkanlah dia wahai tuhan dan kepada Engkaulah tempat kembali”.
Ketika membasuh di sebelah kiri. “Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”.
Ketika mencurah air kapur barus (diakhir mandi jenazah).“Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali”.
Sunat orang yang telah selesai memandikan jenazah, mandi sunat dengan niat “Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat kerana Allah Taala”. Begitu juga dengan orang yang mengangkatkan jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya.
Doa untuk mengelakkan dari badi mayat. “Dengan nama Allah yang tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu di bumi dan di langit. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Permasalahan
Mayat lelaki atau perempuan dalam keadaan janabah (Berhadas besar) tidak dituntut mandi lagi kerana mandi mayat sudah memadai.
Jika di dapati keluar najis atau darah setelah sempurna dimandikan memadai dibersihkan sahaja darah atau najis tersebut. Jika berlarutan keluarnya diikat dan dibalut dengan kapas atau kain.
Jika rambut, kulit atau lainnya yang tanggal dari anggota badannya, wajib diambil dan dibasuh kemudian kapankan bersama-sama jasadnya.
Jika didapati mayat di dalam sungai atau lombong yang sudah berubah atau reput, maka boleh kita selamkan semula mayat itu dalam 1 atau 2 minit dengan niat memandikan mayat (kira-kira meratakan air di seluruh anggotanya, nescaya sahlah mandinya jika tidak ada najis di badannya.
Keguguran mengikut Imam Syafie, bayi cukup bulan ialah berumur dalam kandungan 6 bulan lahzah. Manakala bayi yang tidak cukup bulan ialah berumur 6 bulan lahzah ke bawah.
Keguguran bayi cukup bulan, wajib disempurnakan empat perkara sepertimana jenazah orang dewasa iaitu mandi, kafan, sembahyang dan kebumikan.
Keguguran bayi yang tidak cukup bulan : Jika keguguran itu ada tanda-tanda hidup seperti bersuara atau bergerak wajib disempurnakan sepertimana jenazah orang-orang dewasa (mandi, kafan, sembahyang dan di kebumikan). Jika keguguran itu tidak ada tanda-tanda hidup wajib disempurnakan tiga perkara sahaja iaitu mandi kafan dan kebumikan dengan tidak perlu disembahyangkan. Jika keguguran itu seketol darah dan belum bersifat manusia, sunat dibungkuskandengan kain lalu ditanamkan sahaja.
Mayat kanak-kanak yang lahir, mati sebelum dipotong urinya. Sebelum dimandikan hendaklah dipotong urinya terlebih dahulu, kerana uri itu bukan anggota kanak-kanak tersebut dan bukan dari anggota ibunya. Uri itu najis, jika tidak dipotong, tidak sah sembahyang keatas kanak-kanak tersebut. Potong uri tidak dinamakan menyiksa mayat. Haram dimandikan, disembahyangkan dan ditanam uri bersama kanak-kanak tersebut. Uri perlu dibungkus dan ditanam begitu sahaja.
Mengkebumikan mayat wanita mengandung. Diakui oleh doktor perubatan atau bidan yang anak dalam kandungan itu telah mati, baru boleh dikebumikan. Haram membelah perut ibu untuk mengeluarkan mayat anaknya di dalam kandungan. Sekiranya disahkan oleh doktor perubatan atau bidan, anak dalam kandungan masih hidup hendaklah dibelahkan perut ibunya untuk menyelamatkan anaknya.

Tayammum Dari Aspek Keadaan Mayat
Tayammum ialah menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai ganti daripada mandi mayat dan anggota yang tidak dapat kena air.
Mayat yang harus ditayammum : Kerana ketiadaan air, mayat harus ditayammum berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud : “Jika kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum”. (An-Nisa : 43). Mayat yang terlalu uzur (mati terbakar) kalau dimandikan hancur dagingnya. Mayat lelaki atau perempuan yang meninggal tempat yang terpencil yang susah mendapatkan air mutlak. Rasulullah saw bersabda mafhumnya : “Jika seorang wanita meninggal di lingkungan lelaki hingga tidak ada wanita lain, atau lelaki di lingkungan wanita-wanita di mana tidak ada lelaki lain, maka hendaklah mayat tersebut ditayammumkan lalu dimakamkan kedua mereka itu sama halnya dengan yang tidak mendapatkan air”.Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan. Mayat yang reput atau hancur.
Niat Tayammum “Sahaja aku tayammumkan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”.

Jenazah Yang Tidak Perlu dimandikan Atau Ditayammumkan
Orang yang mati di medan pertempuran kerana menegakkan agama Allah dari musuh yang bukan Islam. Dari Jabir Bin Abdullah berkata mafhumnya :
“Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat Al-Bukhari)

Perkara Yang Haram Di Waktu Mandi
Meniarapkan mayat.
Menyentuh kemaluan dengan tidak berlapik.
Melihat aurat antara pusat ke lutut dengan tidak ada sesuatu hajat.
Menceritakan kepada orang lain apa yang dilihat sewaktu memandikan jenazah, seperti hitam mukanya, lebam, berubah baunya dan sebagainya.

ni pun copy jgk..peringatan pada aku..

sempatkah aku susuri jalan yg penuh onak duri dgn kebahagian yg ingin aku kecapi...
maafkan segala kesilapan aku..halalkan segalanya..
dunia adalah persinggahan..akhirat yg Kekal Abadi..

Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...